Monday, June 21, 2010

~ Selamat Hari Bapa / Happy Fathers Day ~



Terima kasih kepada ayah ku yang telah membesarkan ku bersama ibuku. Aku cukup bersenang hati dapat bersama keluarga ku untuk meraikan Hari Bapa walaupun aku sangat sibuk pada ketika itu. Hari bapa adalah hari dimana kita berterima kasih kepada ayah kita atas apa yang telah mereka lakukan untuk membesarkan kita sehingga ke hayat ini.

Jasa bapaku amatlah ku hargai atas setiap sokongannya tidak mengira dari segi mental, fizikal, dan juga wang ringgit. Dia sentiasa membantu apa sahaja yang mampu dia bantu untuk melihat anak-anaknya berjaya dalam hidup.

Aku berbesar hati kerana memiliki seorang bapa. Jasa dan pengorbanannya tidak dapat kita pertikaikan. Sekali lagi aku ucapkan "Selamat Hari Bapa 2010" kepada semua bapa di dunia.




Rino%20%40%20Reynold%20%5B7DSM%5DQuantcast