Sunday, October 21, 2012

Trip Adventure To Wind Cave, Fairy Cave & Tasik Biru (Bau)

Hai semua blogger sekalian.. Entry saya yang kali ini akan membawa kita ke destinasi di Daerah Bau. Tempat yang saya dan rakan blog saya iaitu Martin.J telah tuju pada 19/10/2012 ialah



  • Wind Cave
  • Fairy Cave
  • Tasik Biru
Pada petang hari jumaat itu saya dan rakan saya telah membuat rancangan untuk meninjau kawasan yang agak jauh dari bandar untuk melihat kecantikan alam semulajadi. Kami memulakan perjalanan dari Kuching pada pukul 1.30petang dan sampai di Wind Cave tepat jam 2.10ptg. Dibawah adalah gambar yang diambil oleh saya dan  rakan ketika meninjau keadaan sekeliling.

Ternyata keadaan di Wind Cave ini indah kerana fasilitinya telah dinaik taraf dan telah dibina beberapa pondok untuk beristirehat. Namun begitu, adalah dinasihatkan bahawa sungai di Wind Cave ini agak ber-arus dan jika anda ingin mandi manda disini haruslah berhati- hati.

Tidak jauh dari Wind Cave ini, terdapat satu lagi tempat menarik iaitu Wind Cave Jungle Trekking. Ianya terletak bersebelahan sahaja dengan tempat yang kita tuju tadi.

Seterusnya, saya meneruskan perjalanan menuju Fairy Cave yang mengambil masa perjalanan dalam 20 minit (dari Wind Cave ke Fairy Cave). Ternyata saya tergaman sebentar melihat kawasan kaki bukit yang sungguh cantik dan tinggi. Bagi pelawat yang ingin mendaki Fairy Cave bolehlah menggunakan tangga yang disediakan. Namun, awas.. tangga nya licin terutama selepas hujan.

Tempat ekspedisi kami yang terakhir pada hari tersebut adalah Tasik Biru yang tidak jauh dari pekan Bau. Yang menariknya, ketika kami sampai disana, orang ramai sedang membuat latihan untuk pertandingan RC motorboat antara wilayah.

Bah, banyak sangat meloteh nie, harap kita akan bersama kembali pada entry saya yang seterusnya. Bye- bye...

































Rino%20%40%20Reynold%20%5B7DSM%5DQuantcast