Thursday, January 3, 2013

3G (internet) Celcom & Maxis bagi Android dan iPhone


Lanjutan dari posting berkaitan setting data 3g (internet) mms bagi rangkaian DiGi, di sini memaparkan tetapan bagi rangkaian Celcom dan Maxis. Tetapan bagi kedua-dua rangkaian ini digabungkan kerana ianya hanya memerlukan satu APN (bagi capaian internet dan mms) berbanding DiGi yang memerlukan 2 APN berasingan (internet dan MMS). Ini bermaksud anda (pengguna maxis & celcom) tidak boleh hanya menerima MMS tanpa capaian internet (data) – disebabkan satu APN sahaja yang diperlukan.

Seperti juga kondisi tetapan bagi APN rangkaian DiGi, tetapan ini adalah tidak tertakluk pada spesifik model telefon yang digunakan. Sebaliknya ianya adalah bagi tetapan pengguna telefon sistem operasi Android, iPhone (blackberry dan Windows Mobile / CE, Symbian OS sepatutnya juga boleh menggunakan tetapan yang sama). Berikut adalah tetapan APN (bagi sambungan internet / data dan MMS bagi rangkaian Celcom dan Maxis)

1. Masuk ke menu APN:

Android: .. Settings > Wireless and Network > Mobile Network > Access Point Names
iPhone: .. Settings > General > Network > Cellular Data Network
iPad: .. Settings > Cellular Data > APN Settings

2. Cipta (create) tetapan APN baru mengikuti perkara berikut: (hanya ubah tetapan berikut – biarkan perkara lain (default)). Simpan tetapan APN setelah siap dicipta.


Maxis:


Name = maxis3G
APN = unet
Username = maxis
MMSC = http://172.16.74.100:10021/mmsc
MMS proxy = 202.75.133.49
MMS port = 80
APN type = default,mms (atau internet+mms)
MCC : 502
MNC : 13

Celcom


Name : celcom3G
APN : celcom3g (sim 3G) atau celcom (sim prepaid)
MMSC: http://mms.celcom.net.my
MMS Proxy : 10.128.1.242
MMS Port : 8080
MCC : 502
MNC : 13
ps: pastikan tetapan “messaging option” di enablekan bagi MMS.
Rino%20%40%20Reynold%20%5B7DSM%5DQuantcast