Thursday, May 2, 2013

Rumah Baru Ku ~ Impian Baru Ku

Hai semua, lama tak update blog.. Jadi hari nie nak share dengan semua la. Rumah saya kini telah siap ditambah siap sejak November 2012 hingga lah March 2013. Banyak jugak melabur duit untuk siapkan rumah nie dengan bantuan ayah saya.




Kami mengupah saudara rapat yang memang handal dalam mereka bentuk dan juga memasang kelengkapan rumah. Pada mulanya cuma siapkan grill gate untuk pintu pagar rumah dan juga tingkap. Pastu pulak, buat lagi projek bina kawasan letak kereta. supaya nampak lebih besar. Buat nie jer dah cukup banyak duit yang dilaburkan. Nasib baik la ada kerja untuk menampung semua kos nie.

Dalam bulan December 2012 pula saya telah membeli cat untuk semua bilik termasuk lah cat luar rumah, dalam ruang tamu dan bilik tidur. Warna yang saya gunakan untuk ruang tamu adalah warna hijau. Iaitu warna flora fauna. hahaha.. Kononnya la...





Lepas tu warna untuk bilik tidur master room saya gunakan biru laut.. Cantik tau. Bilik tidur yang 2 lagi saya gabungkan 2 primer warna iaitu maroon red roses dan juga gold rush iaitu warna kuning emas.

Tak lama pastu jugak saya laburkan lagi untuk beli sofa. Nie beli pun main booking jugak sebab barang import. Bulan 3 pula saya pun siapkan la kawasan parkir kereta dengan memasang jubah tile yang bercorak bintang dan bulan. hehe. Bah, tak yah nak cakap banyak. mari layan.











Rino%20%40%20Reynold%20%5B7DSM%5DQuantcast